Selamat Datang ke Dunia Nutrisi Shaklee!! Semoga perkongsian ilmu kesihatan dan kekeluargaan memberi manfaat utk semua. SIHAT! CERIA! MARVELLOUS!



Google+ Followers

Sunday, May 19, 2013

Lelaki dan masalah kesihatan? Fakta tentang kanser prostat dan sakit jantung yang anda perlu tahu



Lelaki ego? Statistik terkini menunjukkan purata hayat lelaki di Malaysia adalah sekitar 70 tahun manakala purata hayat golongan wanita adalah sekitar 80 tahun. Ada juga pendapat yang mengatakan purata hayat ini berkait rapat dengan kesedaran tentang kesihatan dan kecenderungan golongan lelaki mahupun wanita menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Antara masalah yang sering dikaitkan dengan kaum adam terdiri daripada penyakit yang dikategorikan sebagai "Non Communicable Disease, (NOCD)" seperti kanser, sakit jantung dan tekanan darah tinggi. 

Lebih menakutkan, statistik diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan sakit berkaitan jantung merupakan punca kematian utama di hospital kerajaan dengan statistik setinggi 16%!! Satu daripada 5 rakyat Malaysia mengidap diabetes, dan jumlah pesakit diabetes telah meningkat kepada 3 juta orang pada tahun 2011!! 

Statistik dari pihak MAKNA pula menunjukkan kanser prostat tergolong dalam 10 kanser yang sering menyerang rakyat Malaysia. Malah, dikalangan kaum adam, kanser kolon mencatat peratusan tertinggi (16.2%), diikuti oleh kanser paru-paru (14.5%), kanser nasopharynx (7.5%) dan kanser prostat (7.4%)

Persoalannya, relakah kita melihat orang yang kita sayangi termasuk dalam statistik diatas? Semua penyakit yang dinyatakan diatas berkait rapat dengan gaya hidup seseorang. Contohnya - penyakit seperti tekanan darah tinggi dan jantung biasanya berkait rapat dengan kadar kolestrol yang tinggi, yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang tinggi lemak. Ia juga berkait rapat dengan tekanan dan stres yang terpaksa dihadapi oleh kaum adam sebagai ketua keluarga. 

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Antara langkah-langkah pencegahan termasuk
  1. Mengamalkan gaya hidup sihat. Anda boleh membawa keluarga anda beriadah di taman. Berjalan merupakan salah satu senaman yang sangat baik untuk jantung
  2. Apa kata kurangkan makanan bergoreng? Lebihkan pilihan yang sihat seperti ulam-ulaman dan masak secara kukus. Kurangkan makan diluar kerana makanan yang dimasak dikedai selalunya mengandungi banyak kandungan minyak
  3. Kurangkan menonton televisyen. Ajak anak-anak berjalan disekitar taman, atau layan anak-anak bermain dirumah. Secara tidak langsung, anda bukan sahaja bersenam tetapi anak-anak akan lebih mesra dengan anda.
  4. Lebihkan makan sayur-sayuran seperti kobis, bawang bombay, brokoli dan tomato yang kaya dengan anti-oksidan yang mampu menyerang radikal bebas sebelum ia merosakkan badan. Jumlah sayur-sayuran yang diperlukan adalah sebanyak 5-7 hidangan sehari (berdasarkan panduan yang diberikan oleh RDA)
  5. Berhenti merokok!
  6. Kawal tahap kolestrol! Kajian menunjukkan memakan segenggam badam setiap hari mampu membantu mengurangkan kolestrol dan membekalkan vitamin E yang membantu meneutralkan radikal bebas!

Bagaimana Shaklee membantu?



Men's Vital Health Set (omegaguard, Vitamin E & Zinc Complex) merupakan cadangan khusus untuk kaum adam dalam mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Mengandungi:

1.  Omegaguard

- mengandungi DHA dan EPA yang membantu mengurangkan paras kolestrol 
- membantu memelihara jantung yang sihat
- membantu mengurangkan tekanan darah tinggi

2. Vitamin E dengan Selenium

- membekalkan anti-oksidan yang membantu mengurangkan kesan kemusnahan sel akibat radikal bebas, serta mengurangkan kebarangkalian mendapat kanser
- kajian menunjukkan Vitamin E membantu mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit berkaitan jantung

3. Zinc Complex

- Zinc amat penting untuk mengekalkan kesihatan prostat
- Kajian di John Hopkins Universiti menunjukkan sel tisu kanser prostat mempunyai kadar zinc yang rendah
- Kaum adam yang kekurangan zinc lebih berpotensi untuk mendapat Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) dan kanser prostat
- Zinc juga membantu mengurangkan simptom flu dan selsema
- Juga membantu mengurangkan jerawat, mencegah rambut botak, menguatkan sistem imun badan dan memelihara kesihatan tiroid

Ingin maklumat lanjut?

Hubungi kami:

Your Shaklee Independent Distributor:
Pn Yatie / En. Zul
Shaklee Independent Distributor
ID: 886814
Email: dunia.nutrisi.sihat@gmail.com
Facebook Page: Natural Vitamins and Supplements

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Reference:
1.  www.moh.gov.my
2. www.ipislam.edu.my
3. National Institute of health - Office of dietary supplement
4. University of Maryland, Medical Centre













0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...