Selamat Datang ke Dunia Nutrisi Shaklee!! Semoga perkongsian ilmu kesihatan dan kekeluargaan memberi manfaat utk semua. SIHAT! CERIA! MARVELLOUS!



Google+ Followers

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, April 15, 2014

Leaders in today's society: Issues, Challenges and Way Forward


Inspired! Truly inspired beyond words!! 

Assalamualaikum,

Itu je yang mampu saya katakan dengan public lecture series oleh YABhg Tun Mahathir hari ni. Tak terasa 2 jam berlalu. Seakan tak puas mendengar luahan idea beliau yang relevan dan bernas. 

Bermula dengan sejarah penaklukan Melaka, sejarah penyebaran Islam, sejarah penaklukan negara-negara Asia oleh kuasa Eropah, semuanya berkisar pada satu konsep asas - LEADERSHIP atau KEPIMPINAN. Bagaimana kekuatan tentera yang kecil boleh mengalahkan empayar dengan kekuatan tentera yang besar. Bagaimana sebuah negara yang kecil mampu mengalahkan penjajahan barat. Semuanya diulas dengan begitu teliti. Tanpa kepimpinan yang telus dan cekap, semuanya pasti mustahil.

Disambung dengan apa yang diperlukan oleh pemimpin semasa. Cabaran yang lebih besar. Teknologi yang lebih canggih. Jika dulu, kesilapan kecil di suatu tempat, akan hanya menjadi cerita tempatan, kini, cerita kecil di suatu ceruk yang terpencil akan menjadi bualan global. Thanks to the advancement of technology, segalanya di hujung jari. 

Inspired! Secara ringkasnya, seorang pemimpin perlu:
  1. mempunyai idea / visi yang jelas
  2. ada keberanian untuk memimpin dan mengambil risiko
  3. berani mempertaruhkan dirinya dahulu sekiranya berlaku sebarang kesilapan atau ada sebarang kelemahan
  4. tahu tentang teknologi terkini dan pandai menggunakannya bila perlu (the world is going global!)
  5. tahu mempertahankan diri kerana seorang pemimpin tidak boleh lari daripada fitnah dan tohmahan
Setiap dari kita merupakan pemimpin, hatta pemimpin dalam keluarga. Jadi, secara tak langsung, setiap dari kita perlu ada ilmu kepimpinan. Percaya tak? 

Saya taknak bercerita tentang menjadi pemimpin di tempat kerja atau pemimpin dalam parti atau pemimpin besar2. Cukup dalam senario memimpin sebuah keluarga.

Contoh:
  1. Seorang ketua keluarga perlu ada visi / misi yang jelas - nak beli rumah yang selesa untuk keluarganya, nak pergi bercuti, nak buat simpanan pendidikan untuk anak-anak, dan sebagainya, semuanya memerlukan perancangan. Sanggupkah kita sebagai ibu bapa mempertaruhkan nasib anak kita pada biasiswa atau pinjaman pendidikan semata-mata? Sekarang pun sangat kompetitif, bayangkan keadaannya 20 tahun dari sekarang.
  2. Seorang ketua keluarga perlu berani ambil risiko. Katakan anak kita seorang yang bijak. Isteri pula seorang yang sangat protektif dengan anak. Kita nak anak masuk asrama, tapi maknya macam singa taknak bagi - ha! kan dah kena ambik risiko nak hantar anak ke asrama? (ooo... gelak ye!!)
  3. Seorang ketua keluarga perlu berani mempertaruhkan dirinya jika berlaku sebarang kejadian tak diingini. Taknakla cerita lebih lanjut tapi secara mudahnya - kalau sesat masa bercuti - tugas siapa nak keluar kereta bertanyakan arah? Sekarang dah ada waze takpelah, tapi berani suruh anak tanya orang tepi jalan betul ke jalan ni jalan tu?
  4. Seorang ketua keluarga perlu tahu tentang teknologi - bukan takat cara guna, baik buruknya pun kena tahu. Nak-nak sekarang ni dah ada pulak Notebook 1 Malaysia untuk buadk-budak sekolah. Ha, mak ayah... tahu tak anak guna notebook tu untuk apa? Surf internet ke? Chatting ke? Dengan siapa? Siapa kawan FB dia? Kawan twitter dia? Kenal ke? 
  5. Bab fitnah ni, fitnah boleh datang dalam pelbagai bentuk. Contohnya - cikgu dah pesan kat anak, esok suruh ayah datang sekolah. Nak bagi keputusan ujian ni. Nak bincang dengan mak ayah pencapaian awak ni yang merudum. Anak ketakutan. Tak berani bagitau mak ayah. Esok kat sekolah bagitau cikgu, ayah saya outstation la cikgu. Tak jatuh fitnah?
Just wish uol boleh dengar dari Tun sendiri. Love it!

Semoga penulisan dan contoh yang tak seberapa ni boleh memberikan manfaat untuk semua.

Wallahualam....












Friday, April 11, 2014

Mengambil ubat tanda kurang percaya dengan sifat Allah yang Maha Penyembuh?

Assalamualaikum pembaca budiman,

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan pertanyaan daripada anak saya sendiri yang mengatakan ada seseorang yang memberitahu dia dan rakan-rakan bahawa pengambilan ubat-ubatan, terutamanya ubat-ubatan barat adalah bahaya kerana ia mengandungi dadah, dan sebenarnya lebih elok mengambil makanan seperti madu dan habbatus sauda ketika sakit?

Saya tidak mahu memperkecilkan khasiat habbatus sauda dan madu kerana walaupun saya sekeluarga merupakan pengguna tegar Shaklee, saya masih percaya dengan khasiat madu dan sememangnya madu merupakan antara makanan tambahan yang sangat penting untuk anak-anak saya.

Tetapi, apa yang saya ingin bincangkan disini ialah adakah pengambilan ubat-ubatan dianggap sebagai sesuatu yang tidak wajar dari pandangan Islam? Kebetulan saya sedang menghadamkan kandungan buku Allah Doktorku karya Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi. Sangat menarik kandungan buku tersebut sebenarnya. 

 

Diriwatkan daripada Jabir r.a daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda, yang bermaksud

"Bagi setiap penyakit ada ubatnya, Oleh itu, ketika dikenakan ubat pada penyakit, maka ia sembuh dengan izin Allah Azzawajalla"

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud

"Allah tidak akan menjadikan sesuatu penyakit melainkan Dia turut menjadikan baginya penyembuh" (Riwayat Ahmad)

Menariknya, penulis juga ada menyebut, konsep Allah sebagai Asy-Syafi (zat yang menyembuhkan) sama seperti konsep Ar-Razzaq (Allah pemberi rezeki). Sememangnya Allah telah menjanjikan setiap daripada kita telah tertulis rezeki kita, tapi adakah ia bermaksud kita tidak perlu keluar mencari rezeki? Walaupun Allah Pemberi Rezeki - manusia tetap diwajibkan berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Saya teringat dengan isi kandungan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki". Penulisnya berkata, sememangnya Allah telah tetapkan rezeki kita, namun Allah berikan bahagian kita sesuai dengan apa yang kita usahakan. Rasionalnya, kita digalakkan agar sentiasa BERUSAHA, BERDOA DAN KEMUDIAN BERTAWAKAL atau berserah sepenuhnya kepada Allah, tapi hanya selepas kita telah melakukan yang terbaik untuk mendapatkan rezeki yang kita inginkan.

Sama konsepnya dengan Asy-Syafi. Manusia wajib berusaha mencari penawar kepada sesuatu penyakit, dan dalam masa yang sama terus berdoa kepada Allah kerana hakikatnya kuasa penyembuhan tetap mutlak dengan Allah. 

Malah dikalangan para ulama, ada tiga pendapat yang menekankan hukum berubat. Menurut Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, hukum berubat ada tiga: (1) Melakukannya menjadi wajib sekiranya meninggalkannya menyebabkan kebinasaan. (2) Melakukannya menjadi keutamaan sekiranya berubat sangat bermanfaat dan meninggalkannya tidak mengakibatkan kebinasaan. (3) Meninggalkannya menjadi lebih utama sekiranya kadar kemungkinan kesembuhan dan kebinasaan adalah sama. 

Pendek kata - berubat ada banyak cara yang dibolehkan selagi ia tidak melanggar syariat Allah s.w.t. Malah, sebenarnya sangat digalakkan menggabungkan ikhtiar menggunakan kaedah kedoktoran dan berdoa, berzikir dan bertawakal kepada Allah kerana setiap satu penyakit adalah "nikmat" yang Allah berikan supaya kita sentiasa mengingati-Nya. Malah, Imam Ghazali sendiri menganggap belajar ilmu perubatan dan kesihatan merupakan satu FARDHU KIFAYAH.

Bukan tugas saya untuk meng-iyakan atau menidakkan soalan saya diatas. Bagi saya, semua orang mempunyai pendapat masing-masing dan pendapat saya - saya suka gabungkan kedua-duanya selagi ubat yang diberikan oleh doktor tidak bercanggah dengan Islam. Ubat, samada ubat doktor atau bahan semulajadi seperti madu, hanyalah perantara atau pemangkin yang menjadi asbab untuk kita sembuh, kerana kita sembuh dengan izin Allah s.w.t

p/s: sekiranya doktor telah memberi anda atau anak anda antibiotik, tolong tolong tolong pastikan ia dihabiskan seperti yang telah diarahkan walaupun anda dah rasa sihat kerana sikap tidak menghabiskan antibiotik sebenarnya sangat bahaya. (1) anda menggalakkan penghasilan "superbug" (2) antibiotik yang anda tidak habiskan mungkin tidak akan memberi apa-apa kesan kepada anda, dan anda akan memerlukan antibiotik yang lebih kuat. Apa akan terjadi sekiranya tiada lagi antibiotik yang lebih kuat?

Saya harap perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada anda.

Salam ikhlas,
Yatie



Tuesday, April 8, 2014

"Akak makan semua produk Shaklee hari2 ke?"

Assalalmualaikum,

Ha! Very the class soalan yang saya dapat ni. Maklumla kita ni pengedar, takkan tak ambik semua produk Shaklee hari-hari kan? Khelass soalan yong ni!

Simple je, saya amalkan apa yang saya nasihatkan. Ambil ikut keperluan, bukan ikut nafsu.

"Habis tu, distributor saya kata semua ni keperluan ni ha... segenggam sehari makan, pagi ja! Mana nak cantik, nak kurus, nak sihat lagi. Eh, lupa saya ni kolestrol tinggi, hb tinggi plak tu"


Eish eish, sian ye orang sekarang banyak benar penyakit. Kata cukup makan. Tak pernah lapar, bulan puasa je lapar. 

Ha, inilah masalahnya bila makan iku nafsu. Sepatutnya makan ikut keperluan. Bukan keperluan nafsu, keperluan badan ye... tu lain entry kita cerita.

Berbalik pada keperluan badan ni, kita je yang tahu apa yang badan kita perlukan. Rutin harian kita macam mana. Dari situ kita sendiri kena pilih, kena kaji apa sebenarnya yang kita perlu, bukan apa sebenarnya yang distributor Shaklee nak kita beli. Betul? Of course betul! (sebab tu saya ni, orang nak beli macam2 saya tanya :D )

Contohnya, macam saya ni, tugasan mendidik & buat kajian ni bukan mudah. Belum masuk tugasan lain lagi, admin job segala tu. Jadi rutin harian saya memang sibuk. Bangun pagi kena siapkan sarapan dan masak terus untuk makanan tengahari anak-anak (saya dan suami memang tak suka ada orang gaji ye). Di pejabat, jejak kaki kat opis terus tak "sedar dunia" dengan tugasan yang melambak. Kalau nak plot tahap stres tu, tak perlulah, tak cukup kertas graf gamaknya. Dan selalunya saya memang tak sedar masa rehat. Masa makan tengahari. Sedar-sedar dah masuk zuhur. Balik pula selalunya takde istilah balik on time. Sampai rumah terus ke dapur siapkan makan malam, lepas makan malam rutin lain pula dengan anak-anak - solat, mengaji, buat homework etc. 

Jadi, nampak tak, penat macam mana pun saya, saya tak boleh mengaku kalah pada penat. Stres macam mana pun saya, saya tak boleh mengaku kalah dengan stres. Lapar macam mana pun saya, saya kena kontrol (kalau tak memang gemuk la melampau2 macam satu ketika dulu). So apa yang saya amalkan hari-hari? Ni yang saya ambik secara konsisten ye setiap hari:

Pagi-pagi:  Vitalea & SR Vita C lepas sarapan. 

Dua ni membekalkan vitamin dan mineral yang saya perlukan. Badan pula memang perlukan vitamin dan mineral yang cukup supaya proses penghasilan hormon lancar, metabolisma badan pun lancar, jadi takdelah penat penat penat je kan. SR Vita C tu pula 2 in 1 - kulit pun ya, kesihatan pun ya (saya ni memang dari dulu masalah resdung & hidung sensitif)

Tengahari:  Cinch Shake + ESP & BComplex & Lecithin. 

Ni pun jarang missed sebab kalau tak ambik Cinch Shake + ESP ni, by petang, masa makan malam, bak kata omputih "I'm starving I can eat a cow!" Ha!!! Mula la melantak tak hengat. Dahla signal "aku dah kenyang" tu ambik masa 20 minit nak sampai ke otak. Dalam 20 minit tu, mau sekor kambing golek pun habis!! Hahaha!! 

BComplex pulak untuk metabolisma. Dalam BComplex Shaklee ada biotin yang membantu tukarkan makanan kepada tenaga. Jadi takdela mengantuk. Lecithin tu pulak, well, sejarah saya ni, dah pernah kena buang batu hempedu. Apa maksudnya tu? Kolestrol tinggi la tu. Lagi tak mau hengat, ye tak? Jadi saya amalkan Lecithin sebab dalam lecithin ada Choline yang membantu menyingkirkan kolestrol jahat tu. Eiii... tak mau kena operate lagi dek batu hempedu tu!! Sakit wooo!! Ingat seronok ke masuk operation theatre tu? Seram walaupun untuk saya yang dah "biasa" keluar masuk operation theatre tu (saya bukan doktor bedah ye)

Petang: Cinch Tea + Performance Drink

Ha! Cinch tea ni pun item wajib jugak. Rendah kalori sebab tak perlu campur gula. So daripada minum kopi campur 2 sudu gula baikla saya minum cinch tea ni. Saya suka bancuh dengan performance drink sebab sedap. Nak-nak kalau sejuk. Lega....... 

Kenapa wajib? Dari pagi dok bantai nak metabolisma tinggi ye? Yela... saya ni nak kata muda takdela muda sangat (chewahh!!) Tapi sebetulnya - bila kita ni muda tak berapa nak muda dengan anak-anak yang masih kecik, masih ligat, masih aktif dan masih perlukan perhatian, kita taknakla anak tu kata duduk dengan ibu ni serupa duduk dengan nenek. Asyik tak larat je ibu ni. Asyik penat je. Ha!! Nak gitu?

Malam: Ostematrix & Omegaguard

Ostematrix ni, tinggalkan seminggu je cukup, mula sakit belakang, sakit pinggang. Kalau duduk nak bangun nak jalan tu terbongkok-bongkok. Naik tangga sakit lutut. Pasal tu saya taknak tinggalkan ostematrix ni dah. Serik! Dahla anak tu masih minta ibu dukung pagi-pagi kan kan? Omegaguard tu pulak 2 in 1 juga. Bantu otak ni kekal aktif (ceh! Macam budak2 kan) dan bantu kurangkan keradangan kat sendi. 

Ha!! Itu jelah seharian Shaklee saya. Oh ya! Tang2 penjagaan muka, saya guna produk Nutriwhite. Jimat yang amat. Moisturiser baru habis selepas lebih 6 bulan. Penjagaan rumah pulak saya guna produk Get Clean Home dari Shaklee. Obses betul ye dengan produk Shaklee? Hahaha!! Bukan obses. Masalahnya JIMAT!

JIMAT? Ha, nantilah lain entry pulak ye...

Salam sayang

Your Shaklee Independent Distributor
Yatie
Dunia Nutrisi Sihat
SMS/WA: 019-5050200
                   











Thursday, March 27, 2014

TIPS BERCUTI BERSAMA ANAK-ANAK KECIL

Assalamualaikum semua!!

Ha!! Lain macam kan entry kali ni? Saje nak share tips travel dengan anak-anak. Nak kata saya ni sangat berpengalaman, takdela. Tapi saya akui life saya memang banyak travel merata dengan anak-anak yang masih kecil, jadi saje nak share apa yang biasa saya buat bila travel dengan anak2. Mencabar sebenarnya travel dengan anak2 ni....

#1: Jangan lupa 1st Aid kit!!

Biasanya masa bercuti ni la anak2 tetiba sakit macam2. Yang paling biasa - allergi. Baik sebab hotel berkarpet / ada aircond dan tidak diselenggara dengan baik, atau keadaan tempat percutian yang agak berdebu. Akibatnya - anak2 mungkin selsema, batuk atau naik merah2 pada kulit (urtikuria).

Jadi jangan lupa ubat anak2. Bawa secukupnya sahaja. Yang penting. Jangan lupa ubat penghalau nyamuk. Ada yang jenis tampal pada baju (yang menggunakan bahan semulajadi). Taklah anak tu merah2 kena gigit nyamuk dek mak ayah yang kemaruk nak berjalan.....

P/s: pilihan kami - nutriferon yang membantu menguatkan sistem imun anak2 so takdela kena allergi2 tu

#2 Jangan lupa air masak!!

Panas mak / ibu / ummi berjalan ni... sian kat anak. Bawa air masak dalam botol kecil. Letak dalam handbag. Anak ni biasalah... mana nak faham kalau mak kata takde kedai macam mana nak beli air. Jadi siap2kan sebotol dalam beg. Hindari anak daripada terkena dehidrasi. Nanti sian anak demam tau!!

P/s: Pilihan kami: Air masak dicampur sedikit dengan PERFORMANCE drink Shaklee. Sebab ia memang khas untuk menghindari dehidrasi badan!!

#3: Jangan lupa topi untuk si kecil!!

Lagi, ia untuk menghindari dehidrasi dan sun burn terutamanya kalau bercuti tepi pantai. Bawa sun block sekali ye!! Pedih tu!!

#4: Sediakan beg khas untuk bekalan si kecil

Nak letak apa? Banyak!! Baju, air, biskut, susu (kalau perlu). Sebabnya anak2 ni kalau dah mengamuk.... silap2 mak boleh jadi raksasa tension!! Jadi bersedia dengan kemungkinan anak muntah, baju lencun dek berpeluh sokmo atau tetiba lapar & dahaga. Nightmare!!!

#5: Ambil tahu nama dan alamat klinik panel terdekat

Ni kalau yang bawah skim insurans atau skim medical yang kompeni sediakan. Kena kena kena ambik tahu!!

#6: Pilihan di tangan anda!!

Stres bila travel dengan anak adalah perkara biasa. Kena ingat, ni bukan masa uol nak bergaya ala datin atau nak jadi mommy vogue bagai. Ni masa untuk flexible. Mungkin sedikit "kurang kemas" make upnya (almaklum anak tarik tudung la, anak tertumpah air la... macam2 kan) TAPI pilihan ditangan uol - nak marah ke atau nak enjoy dengan anak2.

Anak2 tak bangga mak dia vogue / cantik / kalah mak datin. Tapi anak2 bangga kalau mak dia boleh berlari / bergolek dengan dia. Sama2 main dengan dia dan enjoy dengan dia. Baru dia seronok, kita seronok dan sebenarnya perkara macam ni sangat baik dalam membentuk sifat positif dalam diri anak2!!

Ok uols... pen off!! Selamat bercuti!!!

Salam ikhlas
Yatie


Posted via Blogaway

Friday, March 21, 2014

Dunia Nutrisi Sihat: Sering sukar tidur? Cuba penawar mudah ini...........

Dunia Nutrisi Sihat: Sering sukar tidur? Cuba penawar mudah ini...........: Original source of picture MAKANAN YANG MEMPENGARUHI KUALITI TIDUR Pernah tak anda menerima nasihat - minum susu jika hendak muda...

KETUMBIT & NUTRIFERON

Assalamualaikum,

Pernah tak uols alami masalah KETUMBIT? Orang putih kata STYE. Kot-kot tak paham gitu, kita bagi dua- dua nama.

Anyway, nak cerita. La ni kena ketumbit. Dari semalam dah tapi ambik tak kisah. Ketumbit je pun kan? Bila petang sikit, adoi!! Bengkak lain macam!! Dahla kena kat mata yang berhampiran hidung. Memang berdenyut dan sakit sangat. Jangankan mata, pipi dekat mata pun tak boleh pegang. Berdenyut!!

Balik kerja dah tak tahan sangat2 dah. Terus ambik NUTRIFERON & GARLIC. Sebab ketumbit ni disebabkan oleh bakteria. Jadi, nutriferon dengan garlic ni pulak bantu hapuskan bakteria dalam badan.

Alhamdulillah pagi tadi dah reda sikit. Tak berdenyut teruk macam semalam.

Jadi kalau uol ada masalah ketumbit tu, bolehla try ye. Jangan tunggu lama2 sebab ketumbit ni boleh jadi nanah tau!! Ewwww!!!!

Salam sayang,
Yatie

Info / order:

Sms/wa: 0195050200


Posted via Blogaway

Thursday, March 20, 2014

Cuti-cuti Pulau Pinang

Assalamualaikum,

Santai je hari ni. Maklumlah dah berbulan rasanya kerja tak kira masa.

Anyway uols, hari ni kita lesen besar gitu. MC!! Sebabnya - mata ni ketumbit lagi. Selalu kelopak mata je. Ni dalam sikit. Dekat kawasan hidung pulak tu. Sakitnya takyah citer. Berdenyut kepala. Sampai pipi pun janganlah pegang. Bengkak!!! Rasa macam ada batu je kena sumbat antara mata dengan hidung ni. Petang semalam balik kerja terus telan NUTRIFERON dua peket terus!! Sebabnya - ketumbit ni disebabkan oleh bakteria gitu!! Kena plak NUTRIFERON ni bantu aktifkan interferon yang akan serang bakteria / virus yang masuk dalam badan ni kan. Biarkan polis2 itu bertugas!!

Ha! Panjang la pulak intro nyer kan. Sorrylah... kalau dah datang mood "berpidato" ni hangpa dengar jelah ye! Disebabkan kebosanan dan minggu depan kan cuti, apa lagi... kita hotel hopping la kejap kat agoda tu kan. Abis pusing satu Mesia u!! Genting, KL, Cameron Highland, taiping, langkawi & penang. Kriteria utama - saya nak santai2 relax je. Nak perasan ala2 princess elsa & princess anna tak boleh la pulak sebab snow world Genting tu tutup. Cameron plak asyik2 cameron kan? Taiping... ala... lepas cuti sekolah pun ada outstation ke Taiping, so ketam lembut can wait.

Last2 survey la penang dan langkawi. Tup tup... jumpa hotel ni -》Krystal Suite Apartment (ke krystal suite hotel). One bedroom suite lengkap dengan dining area, kitchen, ruang tamu bagai.... baru RM140 gitu. Waaaa!! Murah tu! Siap swimming pool lagi!! (Oh dah terbayang I baca buku tepi pantai dengan spec itam & topi besar tu ha!! Verangan kejap!) Apa lagi. Ingat nak lepas peluang? Terus book!!

Oh Penang!! So lepas ni takdela rasa bersalah tak bawak anak jalan2 cuti sekolah (cuti sekolah tengah tahun dah tak boleh tolong - seribu satu tanggungjawab datang bertimpa2 ala2 air terjun kat Niagara Falls tu ha. Ala2 pandai2la timbul kalau nak hidup).

Hmmmm..... nak kena pikir nak buat apa kat penang tu. Bukit bendera? Nasi kandaq? Pasembor?

Ikut hati saya ni - baca buku tepi pantai ja.... hahahaha...!!!

Ok.... any ideas? Ada tak yang nak share nak buat apa kat Pulau Pinang negeri Mutiara ni? Kalau ada, dipersilakan tinggalkan komen ye kawan-kawan....!!

Sayang uols!!

Yatie


Posted via Blogaway

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...